Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks
Lihat kenalan di iCloud.com
Anda boleh melihat kenalan yang disimpan dalam iCloud di iCloud.com. Anda juga boleh menyesuaikan cara kenalan dipaparkan dan diformat.
Nota: Anda perlu menggunakan tablet atau komputer untuk menggunakan Kenalan di iCloud.com.
Lihat kenalan
Pergi ke icloud.com/contacts, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih kenalan.
Untuk menapis kenalan anda mengikut senarai tertentu, pilih senarai dalam bar sisi. Untuk memilih daripada semua kenalan anda, pastikan senarai Semua Kenalan dipilih.
Anda boleh berinteraksi dengan beberapa medan dalam kad kenalan. Contohnya, anda boleh memilih nombor telefon untuk memulakan panggilan, memilih alamat e-mel untuk menghantar e-mel, memilih alamat rumah untuk mencarinya pada peta, dan banyak lagi.
Bergantung pada persediaan peranti anda, memilih satu medan mungkin membuka tetingkap, tab, atau app baharu.
Pilih cara kenalan disusun dan dipaparkan
Anda boleh menyusun dan paparkan kenalan anda mengikut abjad mengikut nama pertama atau terakhir.
Pergi ke icloud.com/contacts, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih
dalam bar sisi.
Pilih menu timbul Susunan Isihan dan Susunan Paparan, pilih pilihan, kemudian pilih Simpan.
Formatkan alamat dan nombor telefon
Anda boleh mengubah format untuk alamat dan nombor telefon di iCloud.com supaya alamat dan nombor telefon itu relevan dengan negara atau rantau tertentu.
Pergi ke icloud.com/contacts, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih
dalam bar sisi.
Pilih menu timbul Tataletak Alamat, kemudian pilih negara atau rantau.
Untuk memastikan supaya Kenalan menambah tanda sengkang dan simbol lain di dalam nombor telefon secara automatik, pilih “Format nombor telefon secara automatik”.
Jika anda ingin menambah nombor telefon dalam lebih daripada satu format, jangan pilih pilihan ini.
Pilih Simpan.
Petua: Untuk menukar format alamat kenalan tunggal, taipkan nama negara atau rantau di bahagian alamat pada kad kenalan. Medan alamat lain akan bertukar mengikut format alamat negara atau rantau yang anda masukkan.