Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks
Tambah atau edit senarai dalam Nota di iCloud.com
Anda boleh menambahkan senarai semak, senarai berbulet, senarai bersempang dan senarai bernombor ke nota. Anda juga boleh menukar baris sedia ada menjadi item senarai.
Cipta senarai diformatkan
Pergi ke icloud.com/notes, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih nota.
Jika anda menggunakan telefon atau tablet dan anda tidak melihat nota anda, pastikan senarai nota dibuka.
Pilih baris kosong, kemudian lakukan salah satu perkara berikut:
Tambah senarai berbulet: Taip asterisk diikuti dengan ruang.
Tambah senarai bersempang: Taip tanda sempang diikuti dengan ruang.
Tambah senarai bernombor: Taip angka 1 dan noktah diikuti dengan ruang.
Anda juga boleh memilih
, kemudian pilih Senarai Berbulet, Senarai Bersempang atau Senarai Bernombor.
Untuk menukar teks sedia ada kepada senarai berformat, pilih baris yang ingin ditukar menjadi senarai, pilih dalam bar alat Nota, kemudian pilih Senarai Berbulet, Senarai Bersempang, atau Senarai Bernombor.
Cipta senarai semak
Pergi ke icloud.com/notes, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih nota.
Jika anda menggunakan telefon atau tablet dan anda tidak melihat nota anda, pastikan senarai nota dibuka.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tambah senarai semak: Ketik atau klik baris kosong, kemudian pilih
dalam bar alat Nota.
Tukar baris sedia ada kepada senarai semak: Pilih baris, kemudian pilih
dalam bar alat Nota.
Untuk menandakan tugasan dalam senarai semak sebagai lengkap, ketik atau klik bulatan kosong di sebelah tugasan.